Blogroll

Pages

Tuesday, April 8, 2014

Profile of Entrepreneur by Popular Product Invention (Yusuf Taiyoob)

Kurma Yusuf Taiyoob

Profil usahawan/pengasas

Gambar/Perkenalan Produk

                    Kurma Safia Bertangkai                       
Kurma Wasem
Kurma Ajmal
Kurma Amina

Kurma Safina


Kurma Madu Yuta


Kurma Ajwa
















































         Penerangan ringkas mengenai konsep produk / perkhidmatan / perniagaan.

Yusuf Taiyoob Sdn. Bhd. ditubuhkan pada tahun 1988 dan berjenis Sendirian Berhad yang bertapak di Pulau Pinang.

Yusuf Taiyoob Sdn. Bhd. Sangat dikenali di peringkat antarabangsa dan tempatan sebagai pengimpot utama, pengedar, dan pembekal terbesar pelbagai jenis kurma dan produk mentah makanan kering serta basah dari luar negara untuk pasaran di Malaysia dengan kira-kira 3,000 rangkaian pengedar di seluruh negara.

Profil Usahawan dan Perniagaan

NAMA
:
Datuk Yusuf Taiyoob
JAWATAN
:
Pengarah Urusan Yusuf Taiyoob Sdn Bhd
ASAL
:
Georgetown, Pulau Pinang
UMUR
:
52 tahun
ISTERI
:
Datin Yusnita Ramli
ANAK
:
Waseem (10), Safiya (7) dan Safina (4)
ADIK-BERADIK
:
Anak sulung daripada empat beradik
JENIS PERNIAGAAN
:
Kurma, makanan dalam tin, rempah, makanan kering dan jus buah-buahan.
           
Menerima gelaran Datuk daripada Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas pada 2002. Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, pernah memanggilnya dengan gelaran ‘Datuk Kurma’.

Pengenalan ringkas bagaimana perniagaan bermula.

“Saya menghadapi banyak kesukaran dalam perniagaan pertama saya iaitu menjual minyak wangi. Pada masa itu saya berumur 21 tahun dan ada pihak langsung tidak memandang saya, tetapi saya bersyukur mendapat bantuan keluarga” kata Datuk Yusuf Taiyoob.

“Itu menyedarkan saya, apabila anda tiada kepentingan atau daripada syarikat kecil, orang tidak akan pandang langsung, malah anda akan ditendang ke sana ke sini,” kata beliau lagi.

Selepas gagal dalam perniagaan minyak wangi, beliau mencuba pelbagai perniagaan lain, termasuk mengedar produk bunga safron, biji gajus, makanan kering dan rempah.

Beliau kemudian mencari bentuk perniagaan baru, walaupun menyedari kesulitan bakal dihadapi hinggalah terfikir untuk menjadi pembekal kurma di negara ini.

Walaupun menyedari wujud persaingan pada waktu memulakan perniagaan kurma pada 1990, beliau percaya sudah ada pelanggan tetap, selain harga berpatutan dengan jaminan produk berkualiti.

Bagaimana perniagaannya Berjaya

Dalam usaha memastikan semua produk edarannya dijamin berkualiti dan segar, beliau membelanjakan kira-kira RM5 juta untuk menggunakan teknologi terkini dalam mengendalikan stor simpanan sejuk bekunya. Teknologi yang diimport dari Amerika Syarikat itu membolehkan sebarang kebocoran gas amonia dapat dikesan lebih awal. Sistem itu mampu memberi amaran awal secara automatik jika berlaku kebocoran.

Syarikat itu ketika ini mengimport antara 200 hingga 300 pelbagai jenis makanan daripada buah kurma, minyak zaitun, kacang dhal hingga kepada rempah ratus dari kira-kira 30 negara, antaranya Amerika Syarikat, Iran, Dubai, Afrika Utara dan Arab Saudi.

Bagi memastikan stok kurma mampu memenuhi permintaan pasaran, Yusuf memesan dan menyimpan stok berkenaan tiga bulan lebih awal dan sebaik saja musim perayaan tamat, beliau mula memesan stok untuk menyambut Ramadan tahun depan. (musim kurma pada Ogos, September dan Oktober). Pada masa ini syarikatnya mengedar lebih 10 jenis kurma seperti Rotab Bam, Safia, Mariami, Safina, Ajwa, Jewel, Ajmal dan Anbara yang dijual pada harga berpatutan. Kurma mempunyai tiga peringkat iaitu khalal (kurma muda), rotab (kurma madu) dan thamar (kurma kering) diperolehi dari Tunisia, Oman, Iran, Afrika Selatan, Arab Saudi, Mesir dan Jordan.

Dugaan dan cabaran sepanjang perniagaan

Kesungguhan Datuk Yusuf Taiyoob untuk berjaya dalam bidang perniagaan sememangnya tidak dapat dinafikan. Zaman remaja beliau sudah bermandikan cabaran demi cabaran dalam dunia perniagaan. Bermula dengan penjualan minyak wangi di Lapangan Terbang Bayan Lepas, yang diadun sendiri oleh beliau ketika berumur 19 tahun, penerimaan pada peringkat awal adalah sangat memberangsangkan. Sehinggalah pada satu ketika, beliau jatuh sakit (muntah darah akibat pendarahan dalaman yang serius) akibat tekanan yang dihadapi kerana penjualan yang merudum teruk.

Memang tidak dapat dinafikan, dugaan yang beliau hadapi memberi kesan terhadap usahanya menjadi seorang usahawan berjaya. Namun, beliau nekad untuk menukar bentuk perniagaan yang lain dengan mengimport makanan termasuk kurma secara kecil-kecilan.

Menceritakan sejarah awal pembabitannya dalam perniagaan kurma, beliau pernah berdepan cabaran pertama apabila dua kontena (40 tan) kurma yang diimport dari Iran tidak berapa elok, namun beliau tidak panik. Beliau pergi ke Iran untuk menemui pengeluar kurma supaya tidak menghadapi masalah sama pada masa akan datang.

“Keadaan berubah apabila saya mempunyai lebih pengalaman berbanding pada awal pembabitan. Dulu, disebabkan percayakan pengeluar dan pembekal dari sana (Iran), akhirnya saya terkena,” katanya.

 Falsafah Perniagaan & Strategi yang digunakan.

Prinsip utama dalam hidup Datuk Yusuf Taiyoob ialah beliau tidak suka bekerja dengan orang lain atau bergelar pekerja tetapi lebih suka menjadi bos biarpun terpaksa melalui pelbagai kesukaran dan pengalaman pahit.

Menurut beliau, seseorang perlu tahu tahap mana kemampuan mereka untuk bersaing dalam perniagaan yang penuh cabaran dan berliku-liku meskipun sedar kadangkala pesaing sanggup membuat apa saja dalam perniagaan mereka. “Selain itu kita perlu bersyukur dengan rezeki diberikan Allah dan jangan cepat lupa diri” kata beliau. Beliau sentiasa merancang bentuk jenis iklan yang mahu disiarkan setiap kali menjelang Ramadan.

Pencapaian yang dicapai dari segi Bahagian Pasaran, Jumlah Jualan, Bilangan Outlets, Pengiktirafan, Penggunaan & Penerimaan Produk.

Syarikat Yusuf Taiyoob Sdn. Bhd. sudah pun memiliki lebih 1,000 pengedar di negara ini tidak termasuk di luar negara dan hampir 50 kakitangan. Bilangan pekerja itu tidak termasuk pekerja di tiga gudang di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.
Yusuf Taiyoob Sdn. Bhd. mempunyai gedung moden dan fasiliti pengedaran yang terletak di  Bukit Minyak, Pulau Pinang yang mampu menyimpan 7,000 tan metrik barangan sejuk dan 3,000 tan metrik pelbagai jenis produk makanan dan produk bukan makanan. Fasiliti ini menjadi pusat pengedaran untuk dalam Malaysia dan negara-negara ASEAN. Kurma edarannya turut menembusi pasaran di Indonesia, Singapura, Thailand dan Brunei.
Yusuf Taiyoob merupakan pengimport terbesar produk makanan di rantau Asia kerana kebanyakan produknya diimport dari lebih 30 negara.

Bagaimana syarikat / produk mendapat nama

Datuk Yusuf Taiyoob berkata, syarikatnya mengambil masa antara 10 hingga 12 tahun untuk dikenali sebagai pembekal kurma di negara ini.

 “Dalam menjual kurma, kita perlu membuat penjenamaan dan teknik pembungkusan yang elok. Apabila ada jenama, orang mudah kenal produk sebelum membelinya, malah saya menitikberatkan aspek kualiti kerana keutamaan kami ialah kepuasan pelanggan” kata beliau.

Ciri-ciri unik mengenai konsep produk / perkhidmatan / perniagaan yang menjadikan ia cemerlang.

Datuk Yusuf Taiyoob memberi jaminan kepada pelanggan bahawa kurma yang rosak boleh diganti dengan kurma yang lain.

Faktor-faktor utama yang menyumbang kepada kejayaan perniagaan.

Walaupun sibuk menjalankan perniagaan, Datuk Yusuf Taiyoob tidak pernah lupa untuk memberi bantuan kepada golongan kurang bernasib baik. “Kita kena bantu orang susah sebab saya rasa seronok apabila mampu mengurangkan beban mereka, kalau ada lebih kita kena bersedekah dan beringat bahawa rezeki dikurniakan Tuhan,” katanya.

Sumber/Rujukan :