Blogroll

Pages

Tuesday, April 8, 2014

Profile of Entrepreneur by Popular Product Invention (Beras Faiza)

"SAYA ingin menjadi pembayar zakat terbesar di negara ini." Itulah azam, pemilik syarikat pemborong beras Syarikat Faiza Sdn. Bhd (SFSB) yang ditubuhkan pada 1982 bersempena dengan nama pemiliknya sendiri iaitu Faiza Bawumi Sayed Ahmad yang lebih dikenali sebagai Hajah Faiza. Pada tahun 1964, wanita kelahiran Mesir ini telah berhijrah ke Malaysia kerana mengikut suaminya.  
Hajah Faiza yang memangnya dilahirkan dalam keluarga yang juga bergiat dalam perniagaan, berkecimpung dalam bidang perniagaan sejak kecil lagi. Beliau pernah menjadi juruwang di kedai milik bapanya. Pengalaman tersebut mendorong beliau untuk bergiat secara serius dalam bidang perniagaan.
Setelah berkahwin dan dikurniakan cahaya mata yg pertama, beliau mengikut  suaminya berhijrah ke Malaysia. Hajah Faiza mencari aktiviti berfaedah yg boleh dilakukannya bagi mengelakkan masanya terluang begitu sahaja. Beliau bermula dengan mengambil upah menjahit sulaman dengan modal RM4 dan menjual pelbagai barangan dapur. Beliau juga membeli kain ela dan membuat baju gaun untuk anak-anak kecil jiran-jirannya. Kemudian beliau menghasilkan set sarung bantal. Hasil jahitannya yang cantik dan kemas dijual kepada kawan-kawannya. Seterusnya, beliau berniaga set ensiklopedia, diikuti bisnes pinggan mangkuk. Melalui bisnes kecil kecilan ini, beliau menabung wang bagi menjadikan modal bisnes seterusnya.
                Beliau berminat pula menghasilkan rempah kari. Beliau membeli pelbagai rempah ratus seperti ketumbar, jintan, halba, cili kering, cengkih dan sebagainya untuk membancuh ramuan-ramuan tersebut bagi menghasilkan rempah kari ikan dan daging di bawah jenama Bunga Raya. Semuanya dilakukan sendiri di rumah, daripada mencuci, menjemur dan menggoreng rempah ratus tersebut. Kemudian, beliau menghantarnya ke kedai bagi dikisar dan diedarkan.
                Selang beberapa tahun kemudian, Puan Faiza membeli pula sebuah mesin pengisar dan membuka kedai runcit dengan modal daripada menjual rempah kari itu. Dari situ beliau mendapati bahawa pemborong beras kebanyakannya dibekalkan oleh kaum lain. Beliau mula belajar pelbagai jenis beras. 
Pada tahun 1982, tertubuhnya syarikat Faiza secara rasmi dan beliau memohon lesen pemborong beras dan mula memasarkan beras di sekitar Johor,Melaka dan Kuala Lumpur. Pada 1992 syarikatnya menjadi Sdn Bhd dan mula menjalankan kerjasama dengan Lembaga Padi Beras Negara dan menjadi ahli dalam Kumpulan Bernas. Kepekaan masyarakat tentang penjagaan kesihatan menimbulkan idea kepada Hajah Faiza untuk memperkenalkan "beras Ponni" kepada rakyat Malaysia. Beras Ponni yg dipercayai kurang kandungan kanjinya amat sesuai untuk pesakit kencing manis, darah tinggi dan mereka yg menjaga berat badan.
                Beliau bersungguh-sungguh untuk memperkenalkan beras ponni dengan menjalankan kerjasama dengan UPM untuk mengkaji kualiti beras ponni ini. Beliau sanggup membelanjakan jutaan ringgit bagi projek ini berjaya. Beliau kemudiannya memohon hak eksklusif daripada Bernas untuk menjadi pemborong beras ponni. Beliau memasarkannya dengan nama Taj Mahal. Pelbagai produk beras dibawah SFSB seperti basmathi dan beras wangi mendapat sambutan yg mengalakkan dari masyarakat. SFSB mula berkembang pesat dengan pembinaan kilang beras bersaiz 40,000 kaki persegi dan penggunaan teknologi canggih.
Untuk menjadi peneraju dalam industri makanan di Malaysia yang mengkhususkan diri dalam pengeluaran dan pengedaran khusus dan beras mewah, SFSB mempunyai infrastruktur yang kukuh produksi beras dan pengagihan . Kilang pengeluaran dibina di atas keluasan tanah sebanyak 300,000 kaki persegi, terdiri daripada peralatan berteknologi tinggi untuk pemprosesan beras dan pembungkusan , yang boleh mempunyai jumlah kapasiti pengeluaran sebanyak 12,000 tan metrik sebulan, yang disepadukan dengan De- stoners , Polishers , Penggred , dan akhirnya melalui Warna - Sorters dan Pembungkusan. Sekaligus kapasiti penyimpanan gudang adalah kira-kira 10,000 tan metrik.
                     SFSB juga memiliki trak dan kereta untuk mengendalikan pengagihan dan perkhidmatan jualan. Dengan 40 unit lori kapasiti berganda dan 20 unit kereta jualan, SFSB bersedia untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan menyampaikan perkhidmatan kepada pelanggan di seluruh Malaysia. SFSB telah menetapkan matlamat, bahawa penghantaran mestilah sampai kepada pelanggan dalam masa 3 hari dari tarikh tempahan untuk Johor perimeter dan tidak melebihi 5 hari untuk wilayah lain. Kapasiti maksimum menyampaikan kira-kira 12,000 tan metrik sebulan.
Kini, SFSB juga mempunyai tiga buah kilang di Selangor, Kedah dan Terengganu. SFSB mempunyai 200 pekerja tetap dan lebih 300 pekerja kontrak.
Syarikat milik Faiza kini telah dikenali kerana kualiti produk yang tinggi, seratus peratus buatan Islam dan halal. Beliau berharap dengan penglibatan dalam penghasilan produk tersebut ia memberi pilihan kepada orang Islam untuk mendapatkan produk yang bermutu tinggi dan tanpa was-was meragui status halalnya.
                Hajah Faiza bukan sahaja menjadi Pengarah Urusan Syarikat Faiza, tetapi turut bertungkus-lumus
menentukan operasi syarikat berjalan lancar dan turut terlibat dalam projek kilang milik Syarikat Faiza bernilai RM14 juta di Sri Gading, Batu Pahat. Kejayaan beliau sekarang bukan diperolehi dengan mudah, tetapi setelah mengharungi segala cabaran selama 43 tahun berkecimpung dalam dunia perniagaan. Hajah Faizah berkata semua usaha yang dilakukan itu bukanlah untuk mengumpulkan kekayaan sebaliknya untuk menjadi pembayar zakat terbesar di Malaysia sekali gus membantu lebih ramai orang yang susah. Hajah Faiza berkata pengalamannya berniaga, termasuk berurusan dengan bangsa lain membuka mindanya untuk menyedarkan masyarakat Islam khususnya orang Melayu betapa perlunya mengamalkan sikap tolong-menolong antara satu sama lain seperti yang diamalkan bangsa lain.



Hajah faiza amat percaya kepada usaha gigih dan keikhlasan dalam berniaga adalah punca kejayaan. Antara faktor lain kejayaan beliau adalah beliau sentiasa ke hadapan untuk mencari teknik yang lebih baik, cara yang lebih baik untuk menghasilkan sesuatu, untuk menyampaikan kepada pelanggan, untuk berkomunikasi dengan pelanggan, untuk menggalakkan pekerja serta perkhidmatan, dan menggerakkan penjualan. Mereka percaya bahawa kecemerlangan boleh dicapai dari kesungguhan dalam melakukan sesuatu di samping mempelajari sesuatu perkara itu dari pengalaman. Selain itu juga, strategi yang digunakan oleh beliau hingga sekarang adalah terletak pada daya penggerak yang bertenaga dan profesional dengan pengetahuan luas dan berpengalaman dalam bidang masing-masing, yang mana ianya persediaan bagi bersaing dalam senario perniagaan beras. Ini ialah kerana di SFSB, tiada tolak ansur mengenai kualiti. SFSB sentiasa memandang ke hadapan untuk teknik-teknik lebih baik, cara lebih baik menjanakan, menyampaikan, berkomunikasi, menggalakkan, untuk memberi khidmat, menjual. SFSB percaya yang kejayaan boleh dicapai daripada apa yang dibuat dengan penuh kesungguhan.

 Antara anugerah dan pengiktirafan yang berjaya diraih oleh syarikat ialah:
a)      Pensijilan ISO 9001 : 2000 oleh Sirim pada tahun 2004
b)      Pensijilan Halal oleh Jakim
c)       Taj Mahal Superbrands pada tahun 2003 dan 2004 oleh Superbrands Malaysia
d)      Pemborong Terbaik Padi Beras Nasional (Bernas) pada tahun 2001
e)      Reader¶s Digest Golden Award pada 2005
f)       Health Certification (Free Sales) oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
g)      Anugerah Produk Terbaik 2008 oleh Kementerian Pertanian Malaysia (MOA)
Tips Kejayaan Usahawan Beras Faiza

1. Bangun tidur pukul 4:30 pagi setiap hari dan tidur awal sekitar pukul 10:30 malam.
2. Tidak lupa membaca Al-Quran setiap hari.
3. Niat beliau untuk berniaga bukanlah untuk menjadi kaya raya, tetapi untuk membantu
    masyarakat di negara ini seramai mana yg boleh agar mereka juga dapat merasa rezeki   
    yg diperolehi. 
4. Mengamalkan solat sunat Dhuha dan tidak lupa membaca surah Al-Waqiah.
5. Menganggap semua pekerjanya sebagai anak sendiri.
6. Tegas dengan pekerja yang bermasalah.

Sumber/Rujukan :