Blogroll

Pages

Friday, May 16, 2014

Business Plan Perniagaan Katering

Sepertimana diketahui kebanyakan orang hari terlibat dengan perkerjaan sepenuh masa sama ada dalam sektor awam mahu pun swasta, mereka tidak mempunyai waktu untuk memasak sendiri sekiranya mahu mengadakan majlis-majlis seperti kenduri doa selamat, kenduri arwah, jamuan hariraya dan sambutan hari lahir serta kenduri kahwin, malahan pada hari ini semangat gotong royong mahu mengadakan kenduri kendara juga telah berkurangan kerana masing-masing sibuk dengan pekerjaan dan kekurangan tenaga kerja untuk membuat persiapan dan memasak untuk kenduri kendara.
Oleh itu, kebanyakan orang akan mengambil perkidmatan katering untuk menyenangkan kerja dan mereka juga mempunyai peruntukan (kuasa membeli) untuk berbuat begitu.Permintaan perkhidmatan katering juga sangat banyak di pejabat untuk majlis seperti mesyuarat, majlis perpisahan, majlis keraiaan dan kursus-kursus dalam perkhidmatan.
Walau pun di setengah jabatan ada kantin dan kafeteria namun lazimnya penganjur lebih gemar untuk mendapatkan perkhidmatan katering dari pihak luar untuk merubah citarasa. Kami yakin dan pasti perniagaan yang bakal kami jalankan ini akan berkembang maju dan sekaligus dapat mencapai matlamat serta objektif perniagaan kami khususnya dalam mengaut keuntungan.