Blogroll

Pages

Thursday, May 8, 2014

Profile of Entrepreneur by Popular Product Invention (Ramli Burger)

Profil Syarikat



Pengasas

Dato Hj. Ramli Mokni

















Produk

RAMLY FOOD PROCESSING SDN BHD adalah industri Bumiputra yang terkenal dalam industri pembuatan produk makanan berasaskan daging lembu, ayam dan hasilan laut berjenama RAMLY.


Diasaskan pada tahun 1984 dan dimiliki sehingga kini oleh Dato' Haji Ramly B. Mokni dan Datin Hajjah Shala Siah Bt. Abdul Manap dari cetusan idea dan hasrat murni untuk mengeluarkan produk yang halal, bersih dan bermutu. Kini syarikat ini telah mempunyai kilang pemerosesan di Taman Perindustrian IKS, Mukim Batu, Kuala Lumpur dengan menawarkan peluang pekerjaan daripada pengurusan, pengeluaran hinggalah ke pemasaran produk. Produk berjenama RAMLY kini begitu unggul di pasaran Malaysia dan di persada antarabangsa.


Kisah dan Pengalaman


Ramly Mokni merupakan seorang tokoh usahawan Melayu yang telah mengecapi dan mencapai kejayaan dalam bidang keusahawanan dengan begitu cemerlang dan patut diteladani oleh usahawan-usahawan bumiputera yang lain.  Kejayaannya bukanlah dapat  dinikmati dalam sekelip mata, tetapi terpaksa mengharungi dengan pelbagai cabaran dan halangan.  Dengan berbekalkan keyakinan diri dan ketabahan serta kecekalan hatinya, beliau telah dapat mengembangkan perniagaannya dari gerai menjual burger sehingga membuka kilang untuk mengeluarkan daging burger dari 300 keping sehari kepada 30 tan daging sehari selepas 20 tahun dengan jualan tahunan kini mencatat RM100 juta.

Daripada pemerhatian beliau semasa bekerja sebagai pemotong daging di sebuah pasar raya di ibu kota pada awal 1970an di mana kebanyakan makanan sejuk beku yang tidak pasti halal haramnya, telah mencetuskan idea beliau untuk menghasilkan daging burger dan sosej yang ditanggung halal untuk dimakan oleh umat Islam di negara ini.  Sifat beliau ini jelas menunjukkan beliau adalah seorang yang bijak merebut peluang dan berdaya kreatif dan inovatif serta berpandangan jauh.  Selain itu, beliau tidak pernah putus asa walaupun usahanya pernah diperlekehkan oleh masyarakat dan juga pihak bank yang telah menolak permohonan pinjamannya. 

Ramly mengembangkan perniagaannya dengan menghasilkan produk-produk lain termasuk nuggets, fritters termasuklah jejari dan bebola daging dan ayam. Jenama Ramly Burger bukan sahaja terkenal di Malaysia malah di Singapore juga.


Ramly juga telah dinobatkan sebagai Usahawan Melayu Cemerlang pada tahun 2006. Beliau telah membuktikan bahawa sesiapa sahaja boleh berjaya walaupun dirinya tiada ijazah atau dari golongan keluarga ahli perniagaan. Bagi beliau kemahuan, tekad dan komitmen yang jitu telah membawanya ke gerbang kejayaan.

Produk-Produk


Burger Ayam dan Burger Lembu


Burger Ayam Ramly yang pertama dikeluarkan ialah dalam tahun 1979 dan ia adalah salah satu produk pertama yang dikeluarkan oleh Ramly.

Frankfurter Ayam dan Frankfurter Lembu

Koktel Ayam dan Koktel Lembu

Nuget
"Nuget Ayam Salutan Tempura" telah mendapat Anugerah Khas - Anugerah Produk Cemerlang anjuran Jabatan Perkhidmatan Veterinar di MAHA 2008.

Nuget Daging Ramly merupakan perintis kepada nuget daging di Malaysia dan hanya Ramly yang menjual nuget lembu di Malaysia.
Ayam Goreng
laskan Pollock
Alaskan Pollock:
Berasal dari air jernih Alaska, ikan putih ini memberi rasa tekstur dan kandungan nutrisi yang tiada tandingan. Rasanya yang lembut telah terbukti sesuai untuk menghasilkan filet yang berkualiti tinggi. Rendah dalam lemak dan kalori, menjadikan ikan Alaska Pollock adalah sumber terbaik bagi Omega 3, protein dan mineral yang penting untuk kesihatan yang optimum.

Daging Kisar

Daging Ayam Kisar dan Daging Lembu Kisar Ramly sangat sesuai digunakan untuk membuat kuah Spegetti, Pai Ayam, Sheppeard Pie, Kuih Cara Berlauk, Murtabak, Roti John dan Pizza.


Roti Burger dan Roti Frankfurter